Fikir

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
Video Pasif Affiliate

Jumaat, 9 Oktober 2009

DUNIA DAN MANUSIA

Dunia
telah tua dan uzur
telah latah dan nyanyuk
beruban dan berkeriput
bila dosa jadi murah
bila maruah jadi murah
bila nyawa jadi murah
bila salah itu benar
yang salah manusia

Dunia
telah buta dan tuli
telah kotor dan hanyir
berkelam dan berserabut
bila kaya itu syurga
bila miskin itu neraka
bila dunia jadi syurga
yang salah manusia

Bila manusia
terlalu sibuk menjadi manusia
menjadi hamba dunia

terlupa menjadi hamba
terlupa kiblat dimana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...