Fikir

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
Video Pasif Affiliate

Jumaat, 30 Oktober 2009

KERAJAAN DAN KUASA

Kerajaan yang sebenar kerajaan
hanyalah kerajaan Allah
kuasa yang sebenar kuasa
hanyalah kuasa Allah

apa saja yang dipertahankan manusia
bukanlah kerajaan sebenar
apa saja yang dikejar manusia
bukanlah kuasa sebenar

hanya kerajaan Allah
Yang Maha Adil
hanya kuasa Allah
Yang Maha Menentukan

Rabu, 28 Oktober 2009

BATU

Sudah menjadi resmi manusia
ingin hidup seribu tahun lagi
seperti batu-batu setulus putih hati
melihat kurniaan Tuhan

Lihat batu-batu diiringan jalan
telanjang disinari dan dibasahi hujan
terbiar detik pagi tangisan mengiringi
lihat anak kecil hadiri
sampai akhir nanti

Batu sayang kau tak boleh berkata
semuanya kau lihat
walau kau tak bermata
dari mula dunia engkau dicipta
hingga akhir dunia engkau kekal jua

Sabtu, 24 Oktober 2009

THAHA

Thaha

Tidaklah Kami turunkan
kepada engkau al-Quran ini
supaya engkau jadi sengsara

Melainkan peringatan
bagi orang-orang yang takut

Diturunkan dari Tuhan
yang telah menciptakan
langit-langit yang tinggi

Tuhan Yang Pengasih
diatas 'Arasy Dia bersemayam

KepunyaanNyalah
apa yang ada di semua langit
dan apa yang ada di bumi
dan apa yang ada diantara keduanya
dan apa yang ada di bawah tanah

Dan jika engkau
nyaringkan pun perkataan
namun sesungguhnya Dia mengetahui
yang rahasia
dan yang lebih tersembunyi

Dialah Allah !
Tidak ada Tuhan melainkan Dia
kepunyaanNyalah nama-nama
yang sangat baik

Isnin, 19 Oktober 2009

DUNIA PERLUMBAAN

Hidup didunia ini
bagai satu perlumbaan
ada yang menang
ada yang kalah

yang kalahkan tenggelam
didalam jurang sengsara
yang menang pula
menjadi raja

tak kira mengira cara apa
berlari dan terus berlari

ternyata dan jelas
yang kuat akan menang
yang lemah pula akan keciciran

hadiah pada yang menang
ialah ikhlas dan kehormatan
walau ini hanya khayalan

apa saja yang dikejar-kejarkan
ini paling harus dia mengerti
jangan sampai sesat haluan nanti

memang benar diri kita mesti menang
tapi apa yang dipertarungkan
jangan sampai menyesal kemudian hari

hasrat semua manusia
tiada banyak bezanya
semuanya ingin menang saja
tak kira terpijak
kaki lawannya
tak kira
kerana dihati
iri masih ada

Sabtu, 17 Oktober 2009

KUASA ALLAH

Dan sesungguhnya Dia
adalah yang membuat
orang tertawa dan menangis

Dan sesungguhnya Dia
yang mematikan dan menghidupkan

Dan sesungguhnya Dia
adalah yang menciptakan pasangan
lelaki dan perempuan

Daripada nuthfah
apabila dia menimbulkan mani

Dan sesungguhnya
atasNyalah kemunculan yang lain lagi

Dan sesungguhnya
Dialah yang menjadikan kaya
dan memberi kecukupan

Dan sesungguhnya
Dialah Tuhan
dari bintang Syi'raa

Dan sesungguhnya
Dialah yang telah membinasakan
'Aad yang pertama

Dan Tsamud
maka tidaklah ada
yang dia tinggalkan

Dan kaum Nuh
dari sebelum itu
maka adalah dia itu
sangat aniaya dan durhaka

Dan kota
yang dihancurkan
Dia robohkan

Maka menutupilah akan dia
apa yang menutupi

Maka kurnia Tuhan engkau
yang manakah lagi
yang hendak engkau bantah ?

Jumaat, 9 Oktober 2009

DUNIA DAN MANUSIA

Dunia
telah tua dan uzur
telah latah dan nyanyuk
beruban dan berkeriput
bila dosa jadi murah
bila maruah jadi murah
bila nyawa jadi murah
bila salah itu benar
yang salah manusia

Dunia
telah buta dan tuli
telah kotor dan hanyir
berkelam dan berserabut
bila kaya itu syurga
bila miskin itu neraka
bila dunia jadi syurga
yang salah manusia

Bila manusia
terlalu sibuk menjadi manusia
menjadi hamba dunia

terlupa menjadi hamba
terlupa kiblat dimana

Selasa, 6 Oktober 2009

GENTING yang genting

Posted by Picasa

HITAM PUTIH

Tingkah-tingkah yang sumbang bergambar didepanku
walaupun aku tak menginginkan terjadi
laku-laku yang genit terpampang didepanku
walau begitu tak mengungkapkan peribadi

kepalsuan yang pekat menghitam di benakku
keruntuhan yang parah tersenyum padaku
walaupun ku tahu ku tak mimpi

tingkah-tingkah yang lucu menari didepanku
kadang hilang kadang pun tersirat dengan manis
tingkah-tingkah yang putih terlukis dijauhan
kadang aku kira pemandangan yang hilang

keruntuhan yang samar termenung dipersimpangan
keindahan yang rawan terlukis digumaman
kadang aku pun tak menghiraukan

kadangkala aku tidur di tengah padang rimba
kadangkala aku duduk ditepian samudera
kadangkala aku bangun ditengah malam buta
yang ku cari adalah kedamaian

Isnin, 5 Oktober 2009

HUKUM%20ALLAH

HUKUM%20ALLAH

Shared via AddThis

RAHMAT ILAHI

Setelahku hadapkan
wajahku kerumahMu
barulah ku sedari
keagunganMu

Ya Illahi Ya Rabbi
ampunilah diriku
berikanlah bimbingan
kejayaan

terasa hidup ini
tiada bererti
tanpa rahmat Illahi
jiwaku sunyi

ku bermohon
setulus hatiku
serahkan diriku
tuntunlah jalanku

Tuhan ku datang padaMu
Tuhan ku ketuk pintuMu
Segala puji untukMu
Tiada selain dariMu

Ya Illahi Ya Rabbi
ampunilah diriku
berikanlah bimbingan
kedamaian

Sabtu, 3 Oktober 2009

pereka fesyen pakaian dan aurat wanita

Jika kita selalu mengikuti perkembangan industri hiburan di malaysia disetiap apa saja acara yang berprestij yang melibat para artis , pereka fesyen pakaian akan memperkenalkan rekaan terkini mereka yang diperagakan oleh para artis .Para wartawan hiburan pula akan menulis tentang pakaian tersebut dengan bermacam macam pujian dengan mengatakan mereka kelihatan anggun dengan fesyen yang mereka pakai walaupun fesyen tersebut sebenarnya hanya mendedahkan aurat terutama sekali wanita.  Paling sedih kebanyakan pereka fesyen ini pula beragama ISLAM . Anggun dimata manusia dimata Tuhan belum tentu, perkara ini kelihatan remeh dimata manusia tapi disisih Tuhan perkara ini bukan perkara remeh kita akan dipertanggungjawabkan hingga diakhirat kelak. bayangkanllah jika fesyen yang mendedahkan aurat ini diikuti oleh masyarakat ramai, kita selaku pereka fesyen pasti akan mendapat sahamnya sehingga diakhirat kelak.RENUNGKANLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...