Hidup didunia ini
bagai satu perlumbaan
ada yang menang
ada yang kalah
yang kalahkan tenggelam
didalam jurang sengsara
yang menang pula
menjadi raja
tak kira mengira cara apa
berlari dan terus berlari
ternyata dan jelas
yang kuat akan menang
yang lemah pula akan keciciran
hadiah pada yang menang
ialah ikhlas dan kehormatan
walau ini hanya khayalan
apa saja yang dikejar-kejarkan
ini paling harus dia mengerti
jangan sampai sesat haluan nanti
memang benar diri kita mesti menang
tapi apa yang dipertarungkan
jangan sampai menyesal kemudian hari
hasrat semua manusia
tiada banyak bezanya
semuanya ingin menang saja
tak kira terpijak
kaki lawannya
tak kira
kerana dihati
iri masih ada


Tiada ulasan:
Catat Ulasan