Fikir

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
Video Pasif Affiliate

Isnin, 18 Januari 2010

ISLAM.................DIMANA KAH KITA ?............

                                                                                                                                                                      
" Maka pengalaman kita sejak 50 tahun patutlah menjadi iktibar kita sekarang, banyak isi kitab yang tersembunyi dikeluarkan. Dan banyak tumbuh masalah baru yang hendak kita kiasi dan kita tapis ! Jangan marah tapi telek baik-baik, bicarakan dengan tenang. Kerana kalau disambut hanya dengan marah, tentu yang mengeluarkan pendapat itu marah campur pula orang awam. Maka bahas berganti  jidal , tumbuhlah permusuhan ! Pengalaman 50 tahun jadi pelajaran bagi kita. Hanya kucing saja yang tidak berubah kerana pengalaman walaupun bermukim di Mekah 20 tahun.


Maka bertemulah kami dengan perkataan al- Imam Malik: "Segala orang dapat diterima katanya dan dapat ditolak, kecuali kata-kata yang empunya makam ini!" lalu ditunjuknya kubur Rasullullah !


Maka  bertemulah kami dengan kata Imam Syafie, beliau pun berkata: "Kalau bertemu hadis yang sahih maka itulah mahzabku!"


Bertemu pula kami pedoman yang diberikan oleh Imam Abu Hanifah. Kata beliau: "Jika bertemu al-quran dan Sunnah Rasullullah aku tunduk dan patuh. Bertemu atsar sahabat aku timbang baik-baik. Tetapi jika berkata yang lain, mereka lelaki dan aku pun lelaki"


Kami teruskan perjalan itu menuju Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau pun berkata pula lebih tegas, "Jangan taqlid kepada aku. Dan jangan taqlid kepada Malik dan jangan kepada al- Tsauri dan jangan kepada al-Auza'i dan ambillah dari mana mereka mengambil."


Keempat-empatnya menyuruh kami meneruskan perjalanan ke atas, ke hulu agama: kepada al-Quran dan as-Sunnah dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh orang yang terdekat kepadanya , iaitu sahabat-sahabat Rasullullah.


Pada hemat saya pada zaman sekarang adalah zaman menyatukan kekuatan. Dunia bukan surut ke belakang tetapi maju ke muka. Fahaman yang sempit dan hati yang penuh kebencian tidaklah dapat dibawa ke tengah medan. Kita akan dapat bersatu atau hormat-menghormati walaupun fahaman berbeza-beza. Asal kita berhati terbuka dan tidak hendak menang sendiri saja."     


8 ogos 1958




.................oleh Dr. Hamka 52 tahun yang lalu........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...