Fikir
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
Sabtu, 3 September 2011
Jumaat, 2 September 2011
Khamis, 1 September 2011
Ahad, 28 Ogos 2011
Jumaat, 26 Ogos 2011
Khamis, 25 Ogos 2011
Selasa, 23 Ogos 2011
Khamis, 18 Ogos 2011
Selasa, 16 Ogos 2011
Isnin, 15 Ogos 2011
Sabtu, 13 Ogos 2011
Khamis, 7 Julai 2011
Selasa, 5 Julai 2011
Ahad, 29 Mei 2011
Jumaat, 27 Mei 2011
Sabtu, 21 Mei 2011
Jumaat, 20 Mei 2011
Rabu, 18 Mei 2011
Isnin, 9 Mei 2011
Jumaat, 6 Mei 2011
Jumaat, 22 April 2011
Selasa, 22 Mac 2011
Isnin, 21 Mac 2011
POLITIK DUIT MELATIH RAKYAT MENIPU DIRI
Sebenarnya permainan wang dalam masa kempen pilihanraya bukanlah luar biasa. Di mana-mana, bila pilihanraya ala-demokrasi Barat diamalkan, wang memainkan peranan penting. Tetapi kalau sudah ketertelaluan, pada akhirnya tujuan sebenarnya tidak akan tercapai lagi. Kerana siapa yang menang, yang dipilih oleh rakyat, ialah siapa yamg paling banyak menaburkan wang. Bukan siapa yang baik, yang jujur dan yang sanggup memperjuangkan kehendak rakyat dan kepentingan negara.
Pengalaman kita semasa memulakan gerakan pembangunan seharusnya menjadi pengajaran. Kerana terlalu banyak membina masjid dan balai raya, terlalu banyak memberikan tanah merah, dan kerana rakyat terlalu sangat disuap dan disuap, akhirnya rakyat menjadi manusia minta-minta. Demikian jika terus mengamalkan politik duit. Akhirnya rakyat mengambil bahagian dalam politik kerana wang, bukan kerana tugas dan haknya sebagai seorang rakyat.
Tetapi implikasinya lebih jauh dari itu: rakyat yang baru belajar menggunakan hak politiknya, yang baru belajar berdemokrasi, sudah diajar untuk menipu. Menipu diri sendiri !
Lebih jauh lagi, rakyat akhirnya menjadi pengundi-pengundi yang tak bertanggungjawab. Rakyat, terutamanya pemimpin-pemimpin
kecil termasuk ketoloi-ketoloi lokal tidak lagi berusaha menggunakan haknya untuk kepentingan kehidupan masa depan, tetapi hanya untuk kemewahan dan kemenangan sementara. Maka akhirnya, demokrasi yang akan tumbuh di negara kita ini bukanlah lagi demokrasi yang sihat. Kerana pengundi yang tak bertanggungjawab akan melahirkan pemimpin yang juga tak bertanggungjawab. Apabila ini terjadi, lahirlah suatu masyarakat dimana orang tidak tidak lagi menggunakan hak politiknya untuk membina suatu kehidupan politik dan pemerintahan sihat.
Parti-parti politik juga, kalau tidak banyak wang, tidak dapat berfungsi dengan baik.Wakil-wakil Rakyat yang mendapat elaun juga merasa hidupnya makin sulit, kerana penggundi yang sudah dijamu semasa kempen, meminta dijamu terus. Segala-galanya mesti ada duit, segala-galanya mesti diberi duit. Untuk kegiatan sukan, keagamaan, pertemuan, jamuan, mesyuarat kecil dan besar, malah kematian semuanya meminta wang.
Maka makin banyaklah Wakil Rakyat yang terpaksa korup. Atau makin banyaklah hilang pemimpin rakyat yang baik tetapi miskin. Dan makin hari, pemimpin atau bakal pemimpin yang baik tetapi miskin, tidak akan berani masuk politik, kecuali setengah orang yang masih excited nak jadi politician, atau yang boleh menjadikan politik sebagai jambatan kekayaan.
Memang, hal seperti ini tak dapat dielakkan. Politik tidak selamanya dapat ditegakkan diatas semangat kebangsaan.Rakyat tak selamanya dapat diajak mengambil bahagian secara aktif dalam politik hanya dengan mengobar-ngobarkan semangat. Makin lama orang makin lupa pada perjuangan kebangsaan. Dan makin lama politik kebangsaan akan berubah menjadi politik kekuasaan.
Dan politik kekuasaan adalah politik orang-orang atau parti-parti yang kaya raya. Dan bila sampai ke tingkat ini, peranan wang tak dapat dielakkan. Namun kalau penggunaan wang sudah keterlaluan, seperti yang sudah mulai berlaku sekarang, akibatnya buruk untuk rakyat dan untuk pertumbuhan partisipasi politik sihat.
Pengalaman kita semasa memulakan gerakan pembangunan seharusnya menjadi pengajaran. Kerana terlalu banyak membina masjid dan balai raya, terlalu banyak memberikan tanah merah, dan kerana rakyat terlalu sangat disuap dan disuap, akhirnya rakyat menjadi manusia minta-minta. Demikian jika terus mengamalkan politik duit. Akhirnya rakyat mengambil bahagian dalam politik kerana wang, bukan kerana tugas dan haknya sebagai seorang rakyat...mei 1973 oleh noor azam (Mohd. Noor bin Yusof)
Ahad, 20 Mac 2011
Sabtu, 19 Mac 2011
Jumaat, 18 Mac 2011
Isnin, 14 Mac 2011
Jumaat, 11 Mac 2011
KERANA CARI MAKAN
...........Syaitan masuk ke dalam segala pintu menurut tingkat orang yang dimasuki. Dan kebanyakannya ialah kerana mencari makanan pengisi perut, Paling akhir syaitan berusaha supaya orang mengatakan terhadap Allah apa yang tidak mereka ketahui. Kalau orang yang dia sesatkan sampai tidak mengakui lagi adanya Allah, kerana telah mabuk dengan maksiat syaitan pun dapat menyeludup ke dalam suasana keagamaan, sehingga lama-kelamaan orang berani menambah agama, mengatakan peraturan Allah padahal bukan dari Allah. Mengatakan agama, padahal bukan agama. Lama-lama orangpun telah merasa itulah dia agama. Asalnya soal makanan juga.
Satu misal; baru saja orang mati, orang di dalam rumah keluarganya telah repot. Bukan repot hendak segera menguburkan si mati, tetapi berbelanja ke pasar, membeli sayur-mayur, membeli lada garam, mencari kambing yang agak besar, bahkan kadang-kadang lembu atau kerbau untuk makan besar. Kata guru yang ada di kampung itu wajiblah si mati sebelum diangkat ke kubur didoakan terlebih dahulu, agar selamat dia pulang ke akhirat. Untuk berdoa mereka itu makan besar sebelum berangkat, atau makan besar pulang dari kubur.
Apakah ini dari agama ?
Dan ketika jenazah masih terbujur tadi juga, seketika orang di dekat jenazah orang memperkatakan berapa tahun si mati meninggalkan shalat. Shalat yang dia tinggalkan selama hidup itu bisa dibayar fidyahnya kepada "pengurus-pengurus agama" yang hadir ketika itu. Kadang-kadang terjadi tawar menawar.
Sejak bila mereka menerima perwakilan Allah buat menerima beras yang dinamai fidyah itu? Padahal tidaklah masuk akal bahawa shalat sebagai tiang agama dapat dibayar dengan beras, dengan tawar-menawar. Bukan saja tidak masuk akal, tetapi tidak ada samasekali dalam syara'. Demikianlah pintarnya syaitan, sehingga kalau ada orang yang berani menegur, mereka yang menegur itulah yang akan dituduh kaum muda yang mengobah-obah agama dan membongkar-bongkar masalah khilafiah.
Belum cukup hingga itu saja; seketika jenazah itu telah diantar bersama-sama ke kubur, orang membaca salawat atau bacaan-bacaan yang lain, dengan suara yang keras mengiringi jenazah itu, di hadapan terbanglah payung, disamping itu ada pula pedupaan yang asap kemenyan menjulang ke langit. Padahal semuanya itu bukan agama. Tetapi siapa yang menegur akan disalahkan mengubah-ubah agama.
Belum cukup hingga itu saja, sesampai di kubur terjadilah apa yang dinamai talqin mayat. Tentang talqin itu sendiri memang ada khilafiyahnya. Tetapi dibeberapa tempat telah membawa bahaya besar jika hal itu dibuka-buka. Sebab ada orang yang mengharapkan makan dan pakaian dari talqin itu. Di dekat kuburan setelah kubur itu ditimbun dibentangkanlah kasur kecil, beralaskan tikar indah. Di situ duduk tukang membaca talqin dan membacakannya dengan suara yang merdu. Disediakan pula satu cerek yang mahal untuk menyiram kubur kelaknya, dan disediakan pula sehelai kain sarung untuk dipakai tukang talqin seketika membacakanya. Sehabis upacara talqin itu semua barang tadi adalah untuk si pembaca talqin. Dan atas rayuan syaitan orang berkeras mengatakan bahawa itu adalah agama. Siapa yang tidak mengatakan dari agama, dia akan dituduh memecah persatuan !
Bukan itu saja. Bahkan pada kubur-kubur orang yang dianggap keramat, kubur ulama atau kuburan keturunan Saiyid yang tertentu diadakan haul sekali setahun; makan besar di sana sambil membaca berbagai bacaan. Rakyat yang awam dikerahkan menyediakan makanan, bergotong-royong menyediakan segala perbekalan. Kalau kita katakan ini bukanlah agama, ini adalah menambah-nambah agama dan mengatakan atas Allah barang yang tidak diketahui, maka kitalah yang akan dituduh merusak agama.
Bukan itu saja, malahan ada orang yang digajikan buat membaca Surat Yasin di atas kubur tiap-tiap pagi hari Jum'at. Kalau kita katakan bahwa ini bukan agama, akan mendapatlah kita tuduahan merusak agama.
Inilah beberapa contoh kita kemukan bahwa penambahan terhadap agama, yang kadang-kadang dimasukkan oleh syaitan kerapkali rapat hubungannya dengan soal makan!.
Penulis "Tafsir" ini pernah berpengalaman; pada satu kota besar di Indonesia ini meninggal dunia seorang sahabat penulis. Maka pergilah saya ta'zih dan akan mengiringkan jenazah bersama-sama ke kuburan. Ketika akan menyembahyangkan mayat, saya pun segera mengambil wudhu' hendak turut menyembahyangkan.Tiba-tiba tangan saya ditarik oleh seorang teman seraya katanya: "Saudara tak usah ikut menyembahyangkan. Kerana sudah disediakan orang-orang yang menyembahyangkan."
Kemudian fahamlah saya bahwa teman itu memandang tidak layak saya turut menyembahyangkan. Sebab sudah teradat bahwa yang menyembahyangkan itu kelak akan diberi sedekah kain, uang, beras dan lain-lain.
Hal-hal yang diterangkan diatas adalah nasib dari orang yang telah memperturutkan langkah-langkah syaitan yang asalnya daripada makanan, sehingga agama pun telah dikorupsikan...........
dipetik dari Tafsir Al-Azhar (halaman 377-379) oleh Prof. Dr. Hamka , edisi lux Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura.

Terang-terang Hadis menerangkan bahawa perbuatan ini adalah haram, sama dengan meratap. Tetapi kalau di kampung itu juga ada orang kematian tidak mengadakan jamuan makan besar itu dituduhlah dia menyalahi peraturan agama. Dikatakan orng yang telah mati itu tidak diselamatkan, sebagai mati anjing saja.
Kemudian tidaklah putus makan-makan itu di hari ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, hari memarit (menembok) kubur, hari keempatpuluh setelah matinya, hari keseratus dan hari penutup hari yang keseribu.
Dan ketika jenazah masih terbujur tadi juga, seketika orang di dekat jenazah orang memperkatakan berapa tahun si mati meninggalkan shalat. Shalat yang dia tinggalkan selama hidup itu bisa dibayar fidyahnya kepada "pengurus-pengurus agama" yang hadir ketika itu. Kadang-kadang terjadi tawar menawar.
Sejak bila mereka menerima perwakilan Allah buat menerima beras yang dinamai fidyah itu? Padahal tidaklah masuk akal bahawa shalat sebagai tiang agama dapat dibayar dengan beras, dengan tawar-menawar. Bukan saja tidak masuk akal, tetapi tidak ada samasekali dalam syara'. Demikianlah pintarnya syaitan, sehingga kalau ada orang yang berani menegur, mereka yang menegur itulah yang akan dituduh kaum muda yang mengobah-obah agama dan membongkar-bongkar masalah khilafiah.
Belum cukup hingga itu saja; seketika jenazah itu telah diantar bersama-sama ke kubur, orang membaca salawat atau bacaan-bacaan yang lain, dengan suara yang keras mengiringi jenazah itu, di hadapan terbanglah payung, disamping itu ada pula pedupaan yang asap kemenyan menjulang ke langit. Padahal semuanya itu bukan agama. Tetapi siapa yang menegur akan disalahkan mengubah-ubah agama.
Belum cukup hingga itu saja, sesampai di kubur terjadilah apa yang dinamai talqin mayat. Tentang talqin itu sendiri memang ada khilafiyahnya. Tetapi dibeberapa tempat telah membawa bahaya besar jika hal itu dibuka-buka. Sebab ada orang yang mengharapkan makan dan pakaian dari talqin itu. Di dekat kuburan setelah kubur itu ditimbun dibentangkanlah kasur kecil, beralaskan tikar indah. Di situ duduk tukang membaca talqin dan membacakannya dengan suara yang merdu. Disediakan pula satu cerek yang mahal untuk menyiram kubur kelaknya, dan disediakan pula sehelai kain sarung untuk dipakai tukang talqin seketika membacakanya. Sehabis upacara talqin itu semua barang tadi adalah untuk si pembaca talqin. Dan atas rayuan syaitan orang berkeras mengatakan bahawa itu adalah agama. Siapa yang tidak mengatakan dari agama, dia akan dituduh memecah persatuan !
Bukan itu saja. Bahkan pada kubur-kubur orang yang dianggap keramat, kubur ulama atau kuburan keturunan Saiyid yang tertentu diadakan haul sekali setahun; makan besar di sana sambil membaca berbagai bacaan. Rakyat yang awam dikerahkan menyediakan makanan, bergotong-royong menyediakan segala perbekalan. Kalau kita katakan ini bukanlah agama, ini adalah menambah-nambah agama dan mengatakan atas Allah barang yang tidak diketahui, maka kitalah yang akan dituduh merusak agama.
Bukan itu saja, malahan ada orang yang digajikan buat membaca Surat Yasin di atas kubur tiap-tiap pagi hari Jum'at. Kalau kita katakan bahwa ini bukan agama, akan mendapatlah kita tuduahan merusak agama.
Inilah beberapa contoh kita kemukan bahwa penambahan terhadap agama, yang kadang-kadang dimasukkan oleh syaitan kerapkali rapat hubungannya dengan soal makan!.
Penulis "Tafsir" ini pernah berpengalaman; pada satu kota besar di Indonesia ini meninggal dunia seorang sahabat penulis. Maka pergilah saya ta'zih dan akan mengiringkan jenazah bersama-sama ke kuburan. Ketika akan menyembahyangkan mayat, saya pun segera mengambil wudhu' hendak turut menyembahyangkan.Tiba-tiba tangan saya ditarik oleh seorang teman seraya katanya: "Saudara tak usah ikut menyembahyangkan. Kerana sudah disediakan orang-orang yang menyembahyangkan."
Kemudian fahamlah saya bahwa teman itu memandang tidak layak saya turut menyembahyangkan. Sebab sudah teradat bahwa yang menyembahyangkan itu kelak akan diberi sedekah kain, uang, beras dan lain-lain.
Hal-hal yang diterangkan diatas adalah nasib dari orang yang telah memperturutkan langkah-langkah syaitan yang asalnya daripada makanan, sehingga agama pun telah dikorupsikan...........
dipetik dari Tafsir Al-Azhar (halaman 377-379) oleh Prof. Dr. Hamka , edisi lux Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura.
BILA AGAMA DAN POLITIK JADI BISNES
..........Hendak mengubah sejarah kita kena belajar dari sejarah dulu. Mereka yang menjual rohnya pada syaitan kerana takut kehilangan harta dunia tapi tidak takut pada perintah Allah matinya dalam kesengsaraan, kesesatan dan kehinaan.
Mereka yang telah berjanji dalam solatnya 'tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah' dan berjanji didepan Allah, 'bahawa hidup mati dan ibadatnya semata-mata kerana Allah' mesti berani membuktikan dengan tindakan, mesti sanggup menghadapi risiko yang besar untuk menyampaikan yang haq. Penulis tak perlu takut dengan ugutan-ugutan Pak Menteri sebab Tuhan sentiasa berada bersama orang-orang yang benar. Sebesar-besar jihad adalah kerana berani berkata benar didepan pemimpin yang zalim.
Negara dan bangsa kita ditimpa bala bencana hari ini kerana kurangnya manusia yang berani berterus-terang dan berani berkata benar. Banyak sangat pembohong dan pendusta, hidup dalam kemunafikan. Kalau nak negara aman, kemungkaran mesti didedahkan. Malaysia Boleh, Penulis Boleh !
Kalau terasa diri berdosa, cepat-cepatlah bertaubat. Kalau sakit cepat-cepatlah berubat supaya orang lain tidak tahu pasal penyakit berjangkit yang ada dalam diri kita.
Manusia hari ini lebih cintakan duniawi berbanding akhirat. Padahal kematian adalah satu perkara yang mesti dan pasti. Sebodoh-bodoh manusia, 'bongol' adalah manusia yang takut mati, tamak, bakhil dan hidup macam ceti. Sikitpun tak ada rasa simpati terhadap saudara sesama Islam.
Sudah ramai sangat orang dikeliling para pemimpin hari ini yang bersikap macam burung kakak tua. Mereka berpolitik untuk hidup. Agama dan politik sudah menjadi satu bisnes.
..oleh S.H.ALATTAS (Pak Habib)..
Mereka yang telah berjanji dalam solatnya 'tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah' dan berjanji didepan Allah, 'bahawa hidup mati dan ibadatnya semata-mata kerana Allah' mesti berani membuktikan dengan tindakan, mesti sanggup menghadapi risiko yang besar untuk menyampaikan yang haq. Penulis tak perlu takut dengan ugutan-ugutan Pak Menteri sebab Tuhan sentiasa berada bersama orang-orang yang benar. Sebesar-besar jihad adalah kerana berani berkata benar didepan pemimpin yang zalim.
Negara dan bangsa kita ditimpa bala bencana hari ini kerana kurangnya manusia yang berani berterus-terang dan berani berkata benar. Banyak sangat pembohong dan pendusta, hidup dalam kemunafikan. Kalau nak negara aman, kemungkaran mesti didedahkan. Malaysia Boleh, Penulis Boleh !
Kalau terasa diri berdosa, cepat-cepatlah bertaubat. Kalau sakit cepat-cepatlah berubat supaya orang lain tidak tahu pasal penyakit berjangkit yang ada dalam diri kita.
Manusia hari ini lebih cintakan duniawi berbanding akhirat. Padahal kematian adalah satu perkara yang mesti dan pasti. Sebodoh-bodoh manusia, 'bongol' adalah manusia yang takut mati, tamak, bakhil dan hidup macam ceti. Sikitpun tak ada rasa simpati terhadap saudara sesama Islam.Sudah ramai sangat orang dikeliling para pemimpin hari ini yang bersikap macam burung kakak tua. Mereka berpolitik untuk hidup. Agama dan politik sudah menjadi satu bisnes.
..oleh S.H.ALATTAS (Pak Habib)..
Sabtu, 26 Februari 2011
Selasa, 8 Februari 2011
Isnin, 10 Januari 2011
Rabu, 29 Disember 2010
Minda Akob: Konsep Nur Muhammad
Minda Akob: Konsep Nur Muhammad: "Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad Oleh : Maulana Muhammad Asri Yusuf SUMBER : www.darulkautsar.net CERAMAH MP3 : http://ww..."
Selasa, 21 Disember 2010
Isnin, 20 Disember 2010
Isnin, 6 Disember 2010
Sabtu, 27 November 2010
Ahad, 31 Oktober 2010
Selasa, 26 Oktober 2010
Isnin, 4 Oktober 2010
Sabtu, 2 Oktober 2010
Sabtu, 21 Ogos 2010
Selasa, 29 Jun 2010
Ahad, 27 Jun 2010
Jumaat, 25 Jun 2010
Khamis, 17 Jun 2010
Rabu, 16 Jun 2010
Selasa, 8 Jun 2010
Ahad, 25 April 2010
MENGAJAR TANPA TAULIAH
PIHAK BERKUASA AGAMA RASANYA BEGITU SERONOK MELAKUKAN TANGKAPAN KEPADA MEREKA YANG MENGAJAR AJARAN ISLAM TANPA TAULIAH -ENTAH KENAPA HANYA MEREKA YANG TAHU SEBABNYA.
DISATU SISI KITA INGIN MELIHAT AJARAN ISLAM BERKEMBANG DAN DIAMALKAN SEPENUHNYA TAPI DI SATU SISI YANG LAIN PULA KITA KELIHATAN SEPERTI MENGHALANG MEREKA YANG INGIN MENYEBARKAN AJARAN ISLAM.
SEPATUTNYA YANG DITANGKAP IALAH SESIAPA YANG MENGAJAR AJARAN ISLAM YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN DAN AS- SUNNAH S.A.W. DAN BUKANNYA YANG MENGAJAR TANPA TAULIAH

Rabu, 21 April 2010
Khamis, 15 April 2010
Sabtu, 20 Mac 2010
KHENDAK ALLAH
APA YANG ALLAH KHENDAKI PASTI TERJADI,
KENDATI AKU TIDAK MENGKHENDAKINYA
SEDANG APA YANG AKU KHENDAKI,
JIKA TIDAK ALLAH KHENDAKI PASTILAH TIDAK TERJADI
TELAH ALLAH CIPTAKAN HAMBA-HAMBA,
SESUAI DENGAN APA YANG ALLAH KETAHUI
DI DALAM ILMU BERLANSUNG KEHIDUPAN,
ORANG MUDA DAN ORANG TUA
KEPADA INI ALLAH ANUGERAHKAN,
DAN INI ALLAH TERLANTARKAN
INI ALLAH TOLONG,
DAN INI TIDAK ALLAH TOLONG
DI ANTARA MEREKA ADA YANG CELAKA,
DAN DI ANTARA MEREKA ADA YANG BAHAGIA
DI ANTARA MEREKA ADA YANG BURUK,
DAN DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG BAIK
ALLAH MAHA ADIL,
ALLAH MAHA BIJAKSANA
ALLAH MEMBERI KEPADA SIAPA DIA KHENDAKI,
DAN ALLAH MENAHAN DARI SIAPA DIA KHENDAKI
ALLAH MEMBERI KUASA KEPADA SIAPA DIA KHENDAKI,
DAN ALLAH MENGHINA SIAPA DIA KHENDAKI
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHAKUASA ATAS SEGALA SESUATU.

Isnin, 18 Januari 2010
ISLAM.................DIMANA KAH KITA ?............
" Maka pengalaman kita sejak 50 tahun patutlah menjadi iktibar kita sekarang, banyak isi kitab yang tersembunyi dikeluarkan. Dan banyak tumbuh masalah baru yang hendak kita kiasi dan kita tapis ! Jangan marah tapi telek baik-baik, bicarakan dengan tenang. Kerana kalau disambut hanya dengan marah, tentu yang mengeluarkan pendapat itu marah campur pula orang awam. Maka bahas berganti jidal , tumbuhlah permusuhan ! Pengalaman 50 tahun jadi pelajaran bagi kita. Hanya kucing saja yang tidak berubah kerana pengalaman walaupun bermukim di Mekah 20 tahun.
Maka bertemulah kami dengan perkataan al- Imam Malik: "Segala orang dapat diterima katanya dan dapat ditolak, kecuali kata-kata yang empunya makam ini!" lalu ditunjuknya kubur Rasullullah !
Maka bertemulah kami dengan kata Imam Syafie, beliau pun berkata: "Kalau bertemu hadis yang sahih maka itulah mahzabku!"
Bertemu pula kami pedoman yang diberikan oleh Imam Abu Hanifah. Kata beliau: "Jika bertemu al-quran dan Sunnah Rasullullah aku tunduk dan patuh. Bertemu atsar sahabat aku timbang baik-baik. Tetapi jika berkata yang lain, mereka lelaki dan aku pun lelaki"
Kami teruskan perjalan itu menuju Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau pun berkata pula lebih tegas, "Jangan taqlid kepada aku. Dan jangan taqlid kepada Malik dan jangan kepada al- Tsauri dan jangan kepada al-Auza'i dan ambillah dari mana mereka mengambil."
Keempat-empatnya menyuruh kami meneruskan perjalanan ke atas, ke hulu agama: kepada al-Quran dan as-Sunnah dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh orang yang terdekat kepadanya , iaitu sahabat-sahabat Rasullullah.
Pada hemat saya pada zaman sekarang adalah zaman menyatukan kekuatan. Dunia bukan surut ke belakang tetapi maju ke muka. Fahaman yang sempit dan hati yang penuh kebencian tidaklah dapat dibawa ke tengah medan. Kita akan dapat bersatu atau hormat-menghormati walaupun fahaman berbeza-beza. Asal kita berhati terbuka dan tidak hendak menang sendiri saja."
8 ogos 1958
.................oleh Dr. Hamka 52 tahun yang lalu........
Khamis, 17 Disember 2009
TUN ABDULLAH-NILAI TAMBAH , DATUK NAJIB NILAI TINGGI
Perhatikan gambar diatas dengan teliti apa yang anda nampak ?
Ada yang ganjil ?
Ada yang hebat ?
Ada yang perlu ditambah ?
Ada yang perlu dibuang ?
Ada yang terlalu tinggi ?
Ada yang terlalu rendah ?
Tun Abdullah - Nilai Tambah
Datuk Najib - Nilai Tinggi
Rakyat jelata - Nilailah sendiri
Ahad, 6 Disember 2009
ALAM......RENUNGKANLAH
Tidakkah engkau melihat
bahawasanya Allah
menurunkan air dari langit
menghidupkan tumbuhan
yang berbagai buah
yang berbagai warna
dan dari gunung-gunung
ada garis-garis putih dan merah
yang berlainan warna
dan yang pekat hitam
Tidakkah engkau melihat
bahawasanya Allah
menjadikan manusia
dengan berbagai warna
dengan berbagai bangsa
dengan berbagai bahasa
menjadikan binatang-binatang melata
menjadikan binatang-binatang ternakan
semuanya beraneka warna beraneka rupa
Sesungguhnya
yang takut kepada Allah
adalah hamba yang berilmu
yang membaca kitab Allah
yang mendirikan sholah
yang menafkahkan rezeki
secara diam-diam
secara terang-terang
mengharapkan perniagaan
ynag tidak merugikan
kerana Allah
akan menyempurnakan pahala
dan melimpahkan rezeki
Sesungguhnya Allah
Maha Perkasa
Maha Pengampun
Maha Mensyukuri
Khamis, 3 Disember 2009
Selasa, 1 Disember 2009
PEMERINTAH
"Ketahuilah bahwa manusia telah ditakdirkan Tuhan suka akan hidup yang lebih maju dan bergaul. Kerana hidup seorang saja tidaklah mungkin mencapai apa yang diperlukan, padahal masyarakat bersama ada. Dengan persamaan terjadi pembahagian kerja, ini petani, itu menumbuk gandum, sana membuat roti, yang lain menenun dan yang lain menjahit.Semua ada tugasnya dan semua tugas penting, dan tersusun kerja semua untuk maslahat semua. Bertambah jelas bahawa manusia hidup bermasyarakat. Kalau mereka berkumpul hanya pada satu tugas, akan terjadi silang sengketa dan perebutan. Sebab itu mesti ada yang sanggup menguasai semua dan mengatur semua, sehingga perselisihan dapat didamaikan. Pengatur itulah Pemerintah. Itulah Penguasa yang wibawa hukumnya dapat ditaati oleh semua.Oleh sebab itu tidaklah mungkin kemaslahatan bersama bisa diatur kalau tidak ada kekuasaan yang ditakuti dan yang mengatur. Kalau penguasa tertinggi itu menghukum hanya menurut hawanya saja dan kerana mementingkan kemuslihatan diri dan dunianya saja, akan besarlah bencananya atas orang banyak. Kerana dia telah menjadikan rakyat dikorbankan untuk kepentingan dirinya, mereka dijadikan jambatan pencapai maksudnya. Yang demikian tentu akan membawa kerosakan dan kekacauan, dan akhirnya akan membawa si penguasa itu sendiri ke dalam kebinasaan. Tetapi kalau hukum Raja itu sesuai dengan syariat Ilahi, teraturlah kemuslihatan umum, terbukalah segala pintu kemakmuran dengan sebaik-baiknya. Itulah yang dimaksudkan dengan ayat "Maka hendaklah engkau menghukum di antara manusia dengan benar ". Lojiknya ialah: menurutkan hawa membawa sesat, sesat membawa azab Tuhan, natijahnya ialah :menurutkan hawa menyebabkan azab Tuhan."
...........Fakhruddin ar-Razi, {545-606 H / 1149-1209 M }
...........Fakhruddin ar-Razi, {545-606 H / 1149-1209 M }
Sabtu, 28 November 2009
SUNGGUH ANEH TAPI BENAR
Dalam keadaan tidak tahu apa kesalahan saya dalam tengahari letih berpuasa, saya dijemput dan dicabut dengan segenap kekerasan dari ketenteraman saya dengan anak isteri, disisihkan dari masyarakat dan dimasukkan ke dalam tahanan. Setelah empat hari dalam tahanan barulah saya diperiksa, dengan tuduhan yang amat hebat dan ngeri. Yaitu bahwa saya mengadakan rapat gelap di Tanggerang pada tanggal 11 Oktober 1963. Yang diperkatakan dalam rapat itu ialah hendak membunuh Menteri Agama H.Saifuddin Zuhri, dan hendak mengadakan Coup d'etat. Untuk semua maksud ini saya mendapat bantuan dari Tengku Abdul Rahman Putera, Perdana Menteri Malaysia banyaknya empat juta dollar. Artinya menurut tuduhan ini saya adalah seorang pengkhianat besar kepada tanah air saya sendiri.
Dan dituduh pula bahawa dalam salah satu kuliah saya pada bulan Oktober 1963 pada Institut Agama Islam Negeri (I.A.I.N.) di Ciputat, menghasut Mahasiswa agar meneruskan , pemberontakan Kartosuwiryo, Daud Beureueh, M. Natsir dab Syafruddin Prawiranegara. Kalau mereka itu telah gagal semua, kamu janganlah sampai gagal !
Sedihlah kita memikirkan bagaimana jatuhnya mental dan moral manusia pada masa itu. Rupanya di dalam 9 orang mahasiswa yang saya beri kuliah di I.A.I.N. di waktu itu menyelip "mahasiwa" yang kerjanya mendengar-dengar, kalau ada "kuliah" yang diberikan oleh seorang dosen atau guru besar, yang dapat ditarik-tarik untuk dijadikan beban fitnah bagi menghancurkan dosen tersebut. Dengan segala hormat saya diminta mengajar di I.A.I.N. dalam mata pelajaran Ilmu Tasauf, rupanya buat dipasangkan jerat bagi memfitnah saya.
Baik di pondok-pondok kuno di sudut desa, ataupun di Universitas di kampus tertentu, terdapat satu tradisi, yang rasa hormat kepada guru-besarnya. Tetapi di masa itu "ditunjuk" untuk mencari jalan bagaimana supaya dosennya ditarik ke dalam tahanan.
Sungguh aneh tapi benar !
Dipetik dari tulisan Prof. Dr. Hamka..

Selasa, 24 November 2009
Isnin, 23 November 2009
Ahad, 22 November 2009
BILA GAMBAR YANG BERCAKAP APA LAGI YANG BOLEH KITA CAKAP
PROJEK MEMBINA JAMBATAN SG.APAS
DI N.56 APAS, P.190 TAWAU.
TARIKH MULA : 10-09-2007
TARIKH SIAP : 10-09-2008
Isnin, 9 November 2009
KEHIDUPAN
Demi yang menghembuskan debu dengan sekuat-kuatnya
Dan demi yang mengandung hujan
Dan demi yang belayar dengan mudah
Dan demi yang membagi-bagikan urusan
Sesungguhnya apa yang telah dijanjikan kepada kamu itu adalah benar
Dan sesungguhnya Hari Pembalasan pastilah terjadi
Demi langit yang mempunyai jalan -jalan
Sesungguhnya kamu benar-benar dalam kata-kata yang berselisih
Dipalingkan kepadanya orang-orang yang telah dipalingkan
Ditimpa celakalah orang-orang yang membuat cerita bohong
Orang-orang yang di dalam kebodohan itu mereka pun telah lalai

Rabu, 4 November 2009
SIAPA TANGKAP SIAPA
Bila mufti boleh dipecat
pasti ada yang tersirat
bila bekas mufti boleh digam
tentu ramai yang geram
bila bekas mufti boleh ditangkap
apalagi yang boleh kita cakap
.................siakap senohong
.................gelama ikan duri
.................siapa berbohong
.................pastikan digari
pasti ada yang tersirat
bila bekas mufti boleh digam
tentu ramai yang geram
bila bekas mufti boleh ditangkap
apalagi yang boleh kita cakap
.................siakap senohong
.................gelama ikan duri
.................siapa berbohong
.................pastikan digari
Selasa, 3 November 2009
PERISTIWA YANG TERJADI
Apabila telah terjadi peristiwa besar itu
Tidaklah dari terjadinya itu dapat didustakan
Direndahkannya, ditinggikannya
Apabila bumi digoncangkan dengan sebenar goncangan
Dan gunung-gunung dihancurkan sebennar-benar hancur
Maka jadilah dia debu yang bertaburan
Dan jadilah kamu tiga macam
Kaum yang kanan, Apakah yang dikatakan kaum yang kanan itu
Dan kaum yang kiri, Apakah yang dikatakan kaum yang kiri itu
Dan orang-orang yang paling dahulu, yang paling dahulu
Itulah orang-orang yang paling dekat
Didalam syurga yang penuh kesenangan

PARLIMEN TAWAU
P.190 Tawau - Datuk Dr.Chua Soon Bui
Barisan Nasional - SAPP
N.55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali
Barisan Nasional- UMNO
N.56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Barisan Nasional - UMNO
N.57 Sri Tanjung - Wong Sze Phin @ Jimmy
DAP
Barisan Nasional - SAPP
N.55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali
Barisan Nasional- UMNO
N.56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Barisan Nasional - UMNO
N.57 Sri Tanjung - Wong Sze Phin @ Jimmy
DAP
Langgan:
Catatan (Atom)